Tafsir mimpi menurut Islam:
Imam Ibnu Sirin, dalam bukunya Tafsir
Mimpi Menurut Islam, berkata:
Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan
makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun
ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan
perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi
baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan
berita yang disebarkan oleh syaitan.
Dalam suatu riwayat dikisahkan, seorang
wanita bertanya, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya bermimpi melihat
sebahagian tubuh baginda berada di rumahku." Baginda menjawab, "Sesungguhnya
Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki, kemudian engkau yang akan menyusukannya."
Tidak lama kemudian Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita tersebut.
Sesungguhnya mimpi itu dapat
ditafsirkan, namun tidak semua orang mampu mentafsirkan kebenarannya. Semoga
buku ini dapat membantu dalam menjawab makna mimpi anda, insya Allah.
Tambahan pula, mimpi diakui adanya dalam
syariat Islam. Sedangkan ilmu untuk mentakwilkan,
mentakbirkan atau mentafsirkannya
diiktiraf oleh ramai ulama. Ramai ulama yang ingin mendalami masalah takwil
atau tafsir mimpi tetapi tidak ramai yang mengetahuinya kerana
susahnya.
Al-Imam Ibnu Syahin, dalam mukadimah
kitabnya Al-Isyarat Fi Ilmi al-'Ibarat, berkata:
"Islam mencerca ilmu tenung kerana
hanya Allah-lah yang mengetahui masalah ilmu ghaib. Saya menghindari ilmu-ilmu
seperti itu dan tidak meminatinya, dan saya ingin membuat buku yang dapat
mendedahkan perkara-perkara ghaib yang sememangnya diakui oleh syarak, iaitu
ilmu takwil dan ta'bir mimpi."
Menurut ahli-ahli ta'bir, mimpi ada tiga
macam:
1.
Peristiwa yang menggembirakan
yang benar yang terjadi setelah bermimpi, dan ini tidak memerlukan penafsiran.
2.
Mimpi yang batil atau permainan
syaitan, iaitu mimpi yang tidak dapat diperincikan oleh orang yang bermimpi.
Ertinya orang yang bermimpi itu tidak sanggup mengingat tertib atau jalan
cerita mimpi itu. Mimpi seperti ini dianggap batil dan tidak mempunyai sebarang
makna atau takwil.
3.
Keinginan nafsu. Seperti kita
ketahui nafsu ada tiga, iaitu nafsu mutmainnah, nafsu lawwamah dan nafsu
ammarah. Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran seseorang. Sesuatu
yang dia lakukan atau dia khayalkan siang hari atau menjelang tidurnya selalu
menjelma ketika tidurnya.
Tafsir mimpi menurut Barat:
Tafsir mimpi telah diamalkan sejak zaman
Babilonia beribu-ribu tahun yang lalu. Aflatun, Aristu, Cicero, Kitab Injil,
Shakespeare, Goethe dan Napoleon percaya bahawa mimpi tertentu meramalkan. Manusia
sudah mentafsirkan lambang dalam mimpinya menurut tamadun dan masyarakatnya. Tidak
ada apa pun yang memuncul dalam mimpi secara kebetulan, tiap gambaran adalah
lambang yang dihargai yang merujuk kepada kehidupan anda dan fikiran yang
paling dalaman anda. Biasanya bahagian yang paling mengelirukan adalah juga
bahagian yang paling penting untuk memahami.
Mimpi ada tiga macam:
1.
Mimpi jasmaniah. Mimpi ini tidak
penting dan disebabkan oleh fikiran yang bangun dan bimbang, demam, ramuan ubat
dan dadah, penyakit. Mimpi ini tidak meramalkan.
2.
Mimpi subjektif yang berdasarkan
pandangan sendiri. Mimpi ini penuh lambang dan meramalkan, walau bagaimana pun
makna betul tersembunyi di lambang dan kias.
3.
Mimpi rohaniah. Mimpi ini dilaksanakan
oleh roh sendiri dan meramalkan.
Mimpi boleh melebih-lebihkan. Semua
mimpi bukan menggembirakan atau meramalkan. Mimpi ngeri boleh meninggalkan
tanggapan tahan lama yang menakutkan. Bila tertidur, fikiran taakulan tidak
aktif, jadi fikiran mimpi melebih-lebihkan dan mengherotkan gambaran dalam
mimpi sehingga merangsang atau menakutkan.
Mimpi-mimpi ngeri:
Jangan khuatir jika anda bermimpi ngeri.
Mimpi-mimpi begitu biasanya hanya membesar-besarkan situasi yang anda sedang
alami atau sesuatu kejadian yang akan berlaku. Mimpi ngeri biasanya mencerminkan
sesuatu yang ada kena-mengena dengan situasi di masa lampau/masa kini atau bakal
kejadian tersebut akan terjadi. Malah oleh kerana anda sudah ditunjukkan adanya
situasi/kejadian yang negatif tersebut dalam mimpi anda maka kesannya tidak
akan menjadi begitu kuat bagi anda. Sudah tentu elemen kejutan itu akan lebih
kurang. Jadi janganlah anda risau jika mimpi ngeri anda itu sangat menakutkan.
0 Comments:
Posting Komentar